SHAH ALAM: Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan pengusaha penginapan ‘si bulus’ ini membuat persediaan dari segi membuka tempahan lebih awal kepada pelanggan-pelanggan untuk meninggalkan kucing mereka sempena cuti perayaan berkenaan.
Pemilik Cattopia Cat Hotel and Grooming Shah Alam, Alfzhan-Kamil Ahmad Kamil, 34, berkata, pihaknyamembuka tempahan penginapan hotel untuk musim perayaan Aidilfitri sejak Januari tahun ini dan berjaya penuh dalam masa dua minggu sahaja.
“Ia kerana kami mempunyai pelanggan tetap yang akan menempah untuk penginapan kucing mereka. Tahun ini Alhamdulillah, hotel kucing kami penuh untuk kedua-dua cawangan termasuk di Petaling Jaya.
“Untuk hari raya, pelanggan wajib daftar masuk dua hari sebelum dan hanya boleh daftar keluar pada hari raya ketiga ke atas sahaja.
“Sepanjang cuti hari raya, pekerja kami akan datang setiap hari untuk bersihkan bilik dan suite selain memberikan makan dan minum kepada kucing. Untuk penginapan pula, kami sediakan secara percuma makanan dan juga pasir kucing,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Dalam pada itu, pemilik kepada Meow Cabin Cat Hotel, Nazrathul Seemah Abd Rahim, 46, berkata, pihaknya memilih untuk memberi keutamaan penginapan kepada pelanggan tetap dan mereka yang membuat tempahan awal kepada hotel berkenaan terlebih dahulu.
Ujarnya, kakitangan hotel juga akan menyediakan bilik kosong sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kes-kes kecemasan melibatkan kesihatan kucing.
“Kalau macam bulan puasa, Ramadan pertama itu sudah penuh. Kami terpaksa tutup dan tidak ambil lagi tempahan untuk penginapan hotel sebab kebanyakan pelanggan adalah pelanggan tetap kami.
“Pelanggan yang datang semula semuanya sudah biasa dengan perkhidmatan kami, sudah tahu peraturan ditetapkan dan biasa dengan kakitangan.
“Dari segi kapasiti, kami tidak 100 peratus penuh kerana masih tinggalkan satu atau dua kabin sekiranya berlaku kecemasan contohnya kucing tidak sihat dan perlu dikuarantin, jadi kita anggarkan dalam 100 ekor kucing untuk penginapan,” ujarnya.
Sementara itu, pemilik Adeq Ompot Pets Hotel & Spa, Kherun Nissa Ismail, 49, berkata, menjelang sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini, hotelnya juga turut membuat persediaan tertentu termasuk dari segi menambah bilangan bilik sedia ada.
“Tujuan kami tambah bilik-bilik itu salah satu sebabnya ialah demi pelanggan lama, kadang-kala apbila mereka lambat buat tempahan, maka bilik penuh.
“Oleh sebab kita nak bantu jaga kucing mereka, kita tambahkan bilik. Lambat itu maksudnya mereka buat tempahan masa minggu pertama puasa, sedangkan pelanggan baharu sudah buat tempahan lebih awal daripada itu.
“Selain itu, untuk raya ini kita bagi tawaran khas, pelanggan akan dapat diskaun 10 peratus bagi mereka yang tinggalkan kucing untuk tujuh hari dan ke atas,” ulasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 10 2024
Pelanggan yang mengunjungi ke Adeq Ompot Pets Hotel & Spa bagi melihat penginapan kucing mereka.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.